Wednesday, August 29, 2012

Tempahan - 16 Ogos 2012

Assalamualaikum semua,

Hari ini dah 11 Syawal. sekejap je masa sudah berlalu. Selamat Hari Raya Aidilfitri semua..

Kali ini dapat tempahan dari staf Fullhouse di Jalan Yap Kwan Seng. Kek dan cupcake perisa Red velvet + cream cheese icing + motor cycle, 6 biji coklat cucpake + coklat ganache untuk dekorasi. Ini kali pertama mendapat tempahan dekorasi sebegini rupa. Tempahan untuk sambutan harijadi staff nyer.

Ada cerita disebalik tempahan ini. Saya sempat bershopping untuk persiapan hari raya bersama ibu & makcik saudara pada belah pagi hari penghantaran. Oleh itu, saya hanya sempat mengambil 2 gambar ini sahaja...

Kita ramai-ramai saksikan dekorasi yang telah dihasilkan...


Kek red velvet + cream cheese icing + motor cycle


6 biji red velvet + cream cheese icing& 6 biji coklat ganache cupcake

Untuk tempahan sila isi borang di bawah blog @ sms di talian 016-674 4366

PERINGATAN : Setiap tempahan hendaklah di ambil sendiri @ self pick-up

Friday, August 10, 2012

Tempahan - 10 Ogos 2012

Assalamualaikum,

Hari ini ari Jumaat bersamaan dengan 21 Ramadhan. sekejap jer masa berlalu....

Kali ini tempahan dari Ekin, Bangsar sempena ulangtahun perhubungan dengan encik abg... hehe... 12pcs red velvet + coklat deko.




Berminat sila sms ke talian 016-674 4366 atau isi borang tempahan di bwah blog

Wednesday, August 1, 2012

Perkongsian Ilmu Coklat 2

Assalamualaikum semua,

Kali ini kami ingin berkongsi ilmu mengenai coklat. kesalahan atau kesilapan dalam mengendalikan coklat.

Kesilapan @ kesalahan :  

Coklat tidak seperti berkrim, tidak licin, permukaan kasar dan berbintik-bintik.

Cara yang terbaik :

Ketika ingin mencairkan coklat, pastikan ia dikacau perlahan, sebelum cair sepenuhnya angkat dan kacau sehingga coklat cair sepenuhnya (tidak ketulan atau bintik-bintik).

Jika menggunakan microwave, panaskan coklat sekitar 20 hingga 30 saat SAHAJA dan kacau sehingga ia cair sepenuhnya.

Jika menggunakan double boiler, PASTIKAN air yg dimasak dipanaskan sahaja bukan air tersebut dididihkan .

Jika coklat anda rosak ia tidak dapat digunakan lagi..




Resepi khas untuk anda (diambil dari cookinglight.com)


Hot Chocolate Fudges Cake 

Bahan

3/4 cawan tepung all purpose
2/3 cawan serbuk koko unsweeted
 5 sudu kecil serbuk kopi segera
1 1/2 sudu kecil baking powder
1/4 sudu kecil garam
1/4 cawan butter tanpa garam (unsalted butter)
2/3 cawan granulated sugar (gula halus)
2/3 cawan gula perang
2 biji telur
1 1/2 sudu kecil vanila ekstrak
3 oz dark chocolate bar (dipotong halus)
2 sudu besar gula icing, untuk hiasan

Cara Menyediakannya,

  1. Campurkan tepung, serbuk unsweeted cocoa, serbuk kopi segera, baking powder & garam. Ketepikan.
  2. Masukkan butter dan dikacau dengan kelajuan medium lebih kurang 1 minit. 
  3. Tambah granulated sugar dan gula perang. Dikacau sehingga kembang lebih kurang 5 minit.   
  4. Tambah telur dan esen vanila sehingga sebati.
  5. Masukkan dark chocolate bar dan aduan tepung ke dalam adunan gula tadi.
  6. Menggunakan skup ais krim, masukkan adunan ke dalam bekas seramik atau lutsinar paper cup.  Setelah itu, sejukkan ia 4 jam atau sehingga 2 hari. 
  7. Sebelum bakar biarkan selama 10 minit dalam suhu bilik. bakar pada suhu 160'c selama 12 minit atau sehingga permukaan kek berkerak.
Jika ingin makan pada hari yang sama. taburkan gula icing diatas kek.

Tips :

  1. Jika anda menggunakan esen vanila tambah 1/2 sudu kecil lagi ke dalam adunan.
  2. Jika anda tidak mempunyai serbuk kopi segera. boleh gunakan serbuk Nescafe dalam 4 sudu kecil.
  3. Guna dark chocolate compound bar atau dark chocolate converture bar. Ini akan menambahkan kesedapan kek ini. Jika tiada boleh juga guna coklat masakan.

Wednesday, July 25, 2012

Tempahan - 25 Julai 2011

Assalamualaikum,

Salam Ramadhan untuk sebuah pembaca blog kami.

Walau di bulan Ramadhan ini, kami masih menerima tempahan dari pelanggan. Tidak kira sama ada coklat, cupcake @ cake temapahn masih dibuka.

Kali ini tempahan datang dari Cik Zura untuk si abgnyer yang bekerja di Subangg Airport. Nk buat si dia terkezut katanyer... 12 biji coklat perisa oren berintikan coklat hazel.



baru buh nama customer

dh siap buh reben

Berminat sila sms kami di talian 016-674 4366 atau isi borang di bawah blog ini

Terima kasih & selamat berbuka semua..!!!

Friday, July 20, 2012

Tempahan - 18 Julai 2012

Assalamualaikum semua,


Hari Jumaat yang mulia ini.. Esok dh puasa.. Sebelum kita mula berpuasa.. Kami ingin memohon maaf pada anda semua pelanggan-pelanggan kami & semua pelayar blog kami., kami ingin memohon maaf jika kami ada terkasar bahasa & perbuatan. mugkin ada di anatara artikel kami menghiris hati anda... Maafkan kami...

Tempahan kali ini datang daripada sepupu saya yag kecik Wawa... Nak bawak p skolah nk smbut hari jadi bersama-sama kawan. Teknikali hari jadi nya jatuh pada hatri pertama umat islam berpuasa iaitu esok... hehe...











Vanila cupcake + vanilla buttercream icing + edible image Princess & Angry Birds

Berminat membuat tempahan sila sms kami di talian 016-674 4366 atau isi borang tempahan di bawah

Monday, July 16, 2012

Sponsor Birthday Girl - Big Bossy

Assalamualaikum semua,

Pagi isnin nie....

Kali ni kami sponsor birthday kek ank buah Big Bossy kami iaitu En. Shaiful


Kek coklat ganache + buttercream icing + edible image Ana Muslim

Selamat hari jadi Illiyin....

Nnti kami upload pic majlisnyer.....