Wednesday, August 1, 2012

Perkongsian Ilmu Coklat 2

Assalamualaikum semua,

Kali ini kami ingin berkongsi ilmu mengenai coklat. kesalahan atau kesilapan dalam mengendalikan coklat.

Kesilapan @ kesalahan :  

Coklat tidak seperti berkrim, tidak licin, permukaan kasar dan berbintik-bintik.

Cara yang terbaik :

Ketika ingin mencairkan coklat, pastikan ia dikacau perlahan, sebelum cair sepenuhnya angkat dan kacau sehingga coklat cair sepenuhnya (tidak ketulan atau bintik-bintik).

Jika menggunakan microwave, panaskan coklat sekitar 20 hingga 30 saat SAHAJA dan kacau sehingga ia cair sepenuhnya.

Jika menggunakan double boiler, PASTIKAN air yg dimasak dipanaskan sahaja bukan air tersebut dididihkan .

Jika coklat anda rosak ia tidak dapat digunakan lagi..




Resepi khas untuk anda (diambil dari cookinglight.com)


Hot Chocolate Fudges Cake 

Bahan

3/4 cawan tepung all purpose
2/3 cawan serbuk koko unsweeted
 5 sudu kecil serbuk kopi segera
1 1/2 sudu kecil baking powder
1/4 sudu kecil garam
1/4 cawan butter tanpa garam (unsalted butter)
2/3 cawan granulated sugar (gula halus)
2/3 cawan gula perang
2 biji telur
1 1/2 sudu kecil vanila ekstrak
3 oz dark chocolate bar (dipotong halus)
2 sudu besar gula icing, untuk hiasan

Cara Menyediakannya,

  1. Campurkan tepung, serbuk unsweeted cocoa, serbuk kopi segera, baking powder & garam. Ketepikan.
  2. Masukkan butter dan dikacau dengan kelajuan medium lebih kurang 1 minit. 
  3. Tambah granulated sugar dan gula perang. Dikacau sehingga kembang lebih kurang 5 minit.   
  4. Tambah telur dan esen vanila sehingga sebati.
  5. Masukkan dark chocolate bar dan aduan tepung ke dalam adunan gula tadi.
  6. Menggunakan skup ais krim, masukkan adunan ke dalam bekas seramik atau lutsinar paper cup.  Setelah itu, sejukkan ia 4 jam atau sehingga 2 hari. 
  7. Sebelum bakar biarkan selama 10 minit dalam suhu bilik. bakar pada suhu 160'c selama 12 minit atau sehingga permukaan kek berkerak.
Jika ingin makan pada hari yang sama. taburkan gula icing diatas kek.

Tips :

  1. Jika anda menggunakan esen vanila tambah 1/2 sudu kecil lagi ke dalam adunan.
  2. Jika anda tidak mempunyai serbuk kopi segera. boleh gunakan serbuk Nescafe dalam 4 sudu kecil.
  3. Guna dark chocolate compound bar atau dark chocolate converture bar. Ini akan menambahkan kesedapan kek ini. Jika tiada boleh juga guna coklat masakan.

No comments:

Post a Comment