Thursday, December 26, 2013

Kami setahun..!!!!

Assalamualaikum semua,

Sekejap je 365 hari sudah berlalu. 

Tanggal 27 hb Disember 2012, Dellimous Food Indutries telah ditubuhkan dan didaftarkan di Suruhanjaya Syariakat Malaysia. 

Banyak pengalaman dikumpulkan dari segi perancangan jadual tempahan, pengurusan stor bahan-bahan mentah dan basah, penyediaan bahan-bahan. Tahun yang agak mencabar bagi kami. Terima kasih atas segalanya kepada semua pelanggan yang pernah membuat tempahan dengan kami. Anda percaya dengan kami. Terima kasih banyak-banyak..

Maka dengan ini kami ingin mewar-warkan jika anda membuat tempahan esok 27hbDis Jumaat ini anda akan mendapat sesuatu dari kami. tambahan diskaun 10% akan diberi juga sehingga 31 Jan 2013. Wah byknyer saya nk bagi.

So, cepat-cepat yer buat tempahan dengan kami.

Sebarang tempahan boleh hubungi atau sms kami di talian 016-674 4366.

Friday, December 13, 2013

Bulan November 2013

November 2013 adalah bulan yang agak mencabar sepanjang perjalanan Dellimous Food Industries.

Kenapa saya kata bergitu..? Pengalaman berharga yang saya perolehi memandangkan bulan November 2013 Alhamdullilah saya mendapat tempahan muffin sebanyak 3,700 biji untuk 3 majlis perkahwinan dalam masa 3 minggu. Alhamdullilah saya bersyukur. rezki dan pengalaman untuk saya mengendali tempahan sebegitu rupa. Maaf disebabkan kesempatan waktu yang ada saya tidak sempat mengambil satu gambar pun.

Alhamdullilah pelanggan-pelanggan saya memberi respon yang menggalakkan dan berpuas hati. Memandangkan pengadun dan oven sedia ada yang telah lama berkolaborasi tidak boleh bertugas lagi. Pertaruhan kualiti produk menyebabkan saya membeli pengadun dan oven yang baru.  Mendapat "teamate" yang baru, perangai yang baru menyukarkan saya untuk memahami mereka. Hari demi hari "teamate" saya semakin serasi. In sha Allah serasi selamanya. ameen ameen ameen. Terusanlah berdoa dan sentiasa menyokong kami usahawan bumiputera dalam melayari industri makanan halal. Terima kasih semua.

Jangan segan-segan untuk menghubungi saya di talian 016-674 4366 untuk tempahan cupcake, coklat, tartlet dan muffin.
 

Tempahan - 30 November 2013

Tempahan dari adik ipar untuk sambutan hari jadi anak 2 tahun. Mohd Qhairul Hafiz bin Muhammad Shafiq. Panjang nama anak.

Belian menempah 50 biji coklat cupcake bersama whipped coklat aganche dan edible image anak berlogokan pasukan bola kegembaran abinya iaitu MU. Untuk itu saya buat Castard Fruity Tart. 

Majlis dh berlangsung beberapa jam baru teringat nak amik gambar. Ambaikan gambar kabur tu ye. Almaklumla guna tepon meNOKIA bukan menSAMSUNG..hehe




Tempahan - 27 September 2013

Hasil tempahan kali ini Alhamdullilah saya sgt bersyukur dan agak sedih sekali. Muffin coklat in square cup untuk majlis perkahwinan sahabat baik saya.

Saya agak terkejut dengan hasil bakar cup ini memandanag ini kali pertama saya mencuba square cup. Alhamdullilah.. sangat sempurna dari kaca mata saya.hehe...





Muffin ini diletakkan di meja Candy Buffet by Purple Candy Buffet (kepunyaan sahabat saya, Hanis Suraya).

Dan inilah kali terakhir saya mengunakan pengadun jenama Elba. sgt sedih saya suka pengadun ni. cepat kembang.syg...

 

Tempahan - 10 Oktober 2013

Tempahan dari Pn. Maryatie Mahamadiah untuk suaminya yang bekerja sebagai Pensyarah di Bahagian Latihan FRIM. Untuk buat kejutan katanya sempena ulangtahun perkahwinan.

Ketika masuk FRIM. Nyaman sungguh persekitaran. Begitu taksub saya memandang ke atas. Pokok-pokok yang menghijau terus rasa sayu di hati bergenang air mata. suasana yg senyap, kicauan burung, sinaran Vitaman D yang terpancar dan kesejukan. Teringat zaman saya masa belajar dulu buat jungle trackking di Kedah (sekali je pun,hehe)..



Terima kasih puan menempah cupcake dengan DFI

Seperti biasa ingin menempah cupcake untuk sebarang majlis, ingatlah DFI dengan menghubungi kami di talian 016-674 4366

Coklat untuk Hantaran

Sudah agak lama saya tidak menerima tempahan coklat. Tempahan dari kawan sekolah saya untuk hari pertunangan belian. 35 biji coklat bersama fondant dan cenderahati coklat oreo bersama edible image (EI) gambar beliau bersama tunang.


 35 biji coklat praline berintikan caramel bersama fondant. Tema warna turqouise


30 bungkus coklat praline berintikan caramel


kasi zoom sedikit coklat oreo sebelum dibungkus


30 bungkus coklat oreo sebagai cenderahati majlis

Ingin menempah boleh hubungi kami di talian 016-674 4366. 

Jangan lupa "LIKE" page kami DellimousFood Industries

 

Tuesday, December 10, 2013

Menu Baru - Castard Fruity Tart

Sudah berapa bulan saya memperkenalkan menu baru di FB. Alhamdulillah semakin diterima pelanggan dengan tempahan pada setiap bulan.



Alhamdulillah feedback yg sya dapat memberangsangkan. Saya tidak menggunakan tepung kastard. Saya jamin memang sedap sebb sya sndri memang suka tart buah.hehe.. Kebanyakan pelanggan membeli untuk dijadikan juadah dessert untuk majlis-majlis.

Untk tempahan boleh hubungi sya di talian 016-674 4366

Bicara Disember 2013

Assalamualaikum dan selamat pagi kalian,

Agak lama juga saya tidak membuat artikel dalam blog ini. Sebenarnya saya xtahu nk cerita apa kerana jadual agak padat terisi dengan RnD. Kepala duk fikir & baca resepi-resepi.

Banyak artikel, buku masakan dan kelas secara maya saya ikuti. in sha Allah sedang menerapi diri dgn ilmu-ilmu ini yg sudah diperolehi. 

Nanti saya akan update tempahan-tempahan sepanjang kesuraman blog ini.hehe