Tuesday, January 28, 2014

Tempahan Coklat Januari 2014

Tempahan Januari 2014 bermula dengan tempahan coklat. Alhamdullilah.

Tempahan dari Missy Zoraya, salah seorang Bestie saya and supporter DFI untuk perkahwinan adik perempuannya. Asalnya, Missy hanya membuat tempahan untuk kotak 2 biji dan 4 biji untuk pemberian cenderahati sebelah lelaki. Istimewanya saya meletakkan 4 dan 8 biji Caramela Chocolate pada 2 dan 4 biji kotak coklat. Banyak bukan..!!! 

Ternyata objektif saya tercapai. Objektif saya dari hanya 2 mulut sahaja yang boleh makan saya tambah 2 biji lagi menjadi 4 biji. Lebih banyak lebih ramai yang mencuba Caramela Chocolate keluaran DFI bukan...





Selain daripada tempahan tersebut, tempahan dalam balang juga diterima. 1 balang ada 66 biji.

 

Jika anda ingin membuat tempahan jangan segan silu membuat tempahan sama ada melalui sms di talian 016-674 4366 atau di FB Page DFI. Jangan lupa LIKE page kami

Caramela Chocolate dan Komen

Assalamualaikum semua,

Untuk pengetahuan semua pelanggan, Caramela Chocolate (CC) adalah produk DFI.  Kebiasaanya, CC ni hanya dijual pada musim perayaan Aidilfitri dalam bentuk balang dan cenderahati untuk sebarang majlis. Baru-baru ini kami ada membuat edaran sampel berikutan membuat r&d untuk coklat susu (milk chocolate) bersama inti caramel. Alhamdullilah selain dari sekitar KL, Langkawi dan Kelantan juga ada yg minta sampel. Kami pos Alhamdullilah sampai ke tangan Tester.

Selepas dari pengedaran sampel tersebut, sudah ada yang membuat tempahan balang. Kali ini saya membuat kelonggaran kebetulan pula ada tempahan cenderhati perkahwinan dari Bestie and supporter DFI, Miss Zoraya.


Bentuk sampel yang dihantar ke Langkawi dan Kelantan

Di antara komen-komen tester dan pembeli Caramel Chocolate:






 
Musim raya tahun ini in sha Allah sedang dirancang dan sampul raya juga in sha Allah akan diberi secara percuma.

p/s: sejuk panas sejuk panas boleh mengundang ketidakstabilan kesihatan. Pesan DFI minum air banyak-banyak.








Thursday, January 2, 2014

R&D. Produk Terbaru DFI?

Assalamualaikum semua,

Semalam cuti umum sempena Selmat Tahun Baru 2014. Oleh itu, kami ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2014 kepada anda semua.

Sempena dengan cuti umum semalam, kepala duk ligat berfikir nk buat apa ari nie? Mengemas sudah, membasuh sudah & memasak pun sudah. Buat r&d la.


Muffin Biskut Coklat (nama mcm xsesuai je)
Milk Caramella Chocolate (coklat susu inti homemade caramel)

Gambar di bawah adalah hasil r&d Muffin Biskut Coklat. Adunan coklat muffin berintikan biskut chocolate chip. Cadangannya nk jadikan produk baru DFI sempena 2014. Kena tunggu approval boss besau.. in sha Allah...


Scoup adunan muffin coklat dulu.


Bila dah masak, inilah hasilnya. Tengah-tengah tu biskut chocolate chip.


Zoom gambar hasil Muffin Biskut Coklat