Friday, October 12, 2012

Tempahan - 11 Oktober 2012

Entry ke 2....

Wahla..... Tempahan dari Liana, Cheras.

Tak sempat nk bersua muka kerana ada tugasan di luar. Minta customer datang rumah ambil tempahan. Sungguh senang berurusan dengan Liana.

25 biji vanila cupcake + buttercream icing + Edible Image Angry Bird


Asalnya nak buat rumput tegak. dh tumbuhkan waktu malam terus layu... hehe :p


Taadaa....!!!!! 

Ini rupa tempahan cuppies dari Liana yang telah siap di dekorasi


Berminat membuat tempahan sila sms ke talian 016-674 4366

Selamat 'menjamu' mata...

Monday, October 1, 2012

Tempahan - 27 September 2012

Entry ke - 2 untuk hari ini.

Tempahan 100 kotak coklat 2 biji + kotak transparent + reben polkadot dari Gombak untuk majlis Aqiqah.


Coklat yang sudah siap dimasukkan ke dalam insert gold


zoom ckit tempahan yang sudah siap. tunggu customer datang amik malam hari

Berminat...??? sms kami untuk tempahan yer ke talian 016-674 4366


Tempahan - 27 September 2012

Assalamualaikum, Salam sejahtera & Salam Monday Blues,

Sudah lama tidak menulis cerita-cerita terbaru termasukla tempahan yang diterima.

Kali ini nk cerita tempahan muffin yang diterima dari kak Thurbayah. 400pcs untuk 4 jenis perasa iaitu coklat, pandan, blueberry & vanila.

Tidak sempat nk amik gambar untuk muffin blueberry dan coklat 


Muffin pandan


Muffin vanila 


Berat muffin adalah +/- 40 gram jika menggunakan paper cup seperti  di gambar.

Berminat membuat tempahan sila sms ke talian 016-674 4366


Monday, September 24, 2012

Tempahan - 22 Sept 2012

Assalamualaikum dan Salam Isnin kepada Anda,

Hari Isnin... Monday Blues.... :)

Tempahan kali ini datangnya dari En. Kamarul.


Muffin coklat + choco chip selepas di masa
Muffin yang lembut dan lembap


Sebahagian muffin yang sudah dikotakkan.


Isi dalam kotak seperti di atas

Ingin membuat tempahan...


Ada perasa : 

1. Coklat @ vanila + Choco chip muffin
2. Coklat @ vanila + White chocolate chip muffin
3. Coklat @ vanila + coffee chip muffin
4. Coklat @ vanila + Almond slice Muffin
5. Coklat @ vanila + melon seed muffin


Sila sms ke talian 016-674 4366. Tempahan awal di perlukan.


Friday, September 21, 2012

Perkongsian Ilmu - Royal icing

Assalamualaikum semua,

Inila kegilaan saya sekarang iaitu dekorasi menggunakan ROYAL ICING. Apa itu ROYAL ICING? Nanti saya akan terangkan. Sebagai permulaan saya ingin tunjukkan kepada anda hasil dekorasi pemanis mulut menggunakan ROYAL ICING.










Ape itu ROYAL ICING

ROYAL ICING adalah sejenis icing putih tanpa butter atau marjerin. hanya menggunakan telur, icing sugar, lemon atau vanila ekstrak. Ada banyak resepi di dalam internet mahupun di dalam buku. Kebanyakn pembuat adunan ini menggunakan Meringue Powder. ia adalah serbuk telur. bahan ini tiada PENGESAHAN HALAL JAKIM. bila sudah diadunkan ia perlu di simpan di dalam bekas kedap udara atau ditutup dengan plastik. PASTIKAN ia tidak dibiarkan terbuka kerana ia akan mengeras. Ada banyak pantang larang dalam mengendalikan adunan ini.

Saya bercadang untuk membuatnya. Semoga saya berjaya.... gerun nie.... sebb xp kelas.... hehe





Thursday, September 13, 2012

Harga Baru bagi 2 biji coklat

Assalamualaikum semua,

Kami ingin mewar-warkan harga baru untuk packaging seperti di bawah:


2 biji coklat double layer dark dan white coklat atau coklat susu (berwarna pun boleh) + kotak sushi pack + reben

Harga :
RM1.20/pcs 


 2 biji coklat double layer dark dan white coklat atau coklat susu (berwarna pun boleh) + kotak transparent + reben

Harga :
RM1.40/pcs

Penghantaran adalah percuma disekitar Kuala Lumpur jika membuat tempahan 500 kotak & ke atas. Maklumkan kepada kami lokasi anda.

Berminat ingin menempah sila sms ke talian 016-674 4366 atau sila lengkapkan borang tempahan di bawah blog.

Kami menanti anda...

Monday, September 3, 2012

Tempahan - 30 Ogos 2012

Assalamualaikum semua,

Salam Isnin untuk kalian semua.

Last week dapat tempahan dari bos kecik ku Pn. Syazly. Temapahn untuk pertunangan adiknya.






Untuk tempahan sila sms ke 016-674 4366