Wednesday, April 16, 2014

Tempahan - Lolichoc

Setelah sya upload gambar lolichoc Disney untuk majlis hari jadi Qisha hari isnin. Saya mendapat tempahan dari Pn. Umairah sebanyak 150 batang untuk majlis hari jadi di Telok Panglima Garang, Perak. Tema warna ungu & pink. 

Mesti ada tertanya-tanya bagaimana sya boleh menerima tempahan dari negeri lain.Dalam erti kata lain jauh & berkos penghantaran pula.

Lolichoc ini sya hantar menggunakan poslaju & keesokannya sudah smpai di tangan penerima. Alhamdullilah selamat smpai. Saya gusar juga jika pejabat pos menyimpan & lewat smpai memandangkan majlis pelanggan ari sabtu. Saya ingin menekankan di sini. Saya tidak menggalakkan tempahan jauh & menggunakan penghantaran secara pos seperti ini kerana kondisi coklat akan jdi cair sedikit & rupa coklat akan comot bekemungkinan juga akan patah. Hasil feedback daripada pelanggan ada lolichoc yg comot & patah.


Saya terlupa untuk mengambil gambar lolichoc Disney yang berwarna pink. setiap lolichoc dibungkus rapi dengan clear plastik.

Untuk tempahan sila inbox di page, sms @ whatsapp di talian 016-6744366

No comments:

Post a Comment