Wednesday, September 7, 2011

Pengkongsian ilmu - Coklat

Assalamualaikum & Salam Sejahtera kepada semua pembaca blog DM, 

Entry kali nie nk bercerita @ lebih sesuai di panggil pengkongsian ilmu berkaitan dengan coklat. Byk blog, laman web & artikel yg sya baca baik dlm negara mahupun luar negara kita. Lain negara lain persekitarannya. Sya akan mulakan dengan :

Ape itu coklat?
Coklat adalah hasil daripada proses pengeringan biji koko yg kemudiannya di masak mengikut suhu tertentu dan akhir sekali di kisar sehingga lumat , sehingga ianya menjadi lembap. Pada tahap ini, koko tdi tue boleh dijadikan cecair koko @pun serbuk atau lebih dikenali sebagai coklat gelap @ dark chocolate. coklat gelap ini adalah coklat asli yg belum dicampur dengan sebarang bahan-bahan penambah rasa. Suhu yang berbeza ketika penanaman dan memasak akan memberikan rasa yang berbeza apabila ia dikisar.

Terdapat 2 jenis coklat yang berada di pasaran iaitu coklat kompound & coklat converture. Coklat converture adalah coklat yang selalu digunakan oleh chef-chef terkenal di dunia. Ia memerlukan kepakaran yang tinggi dengan teknik mengendalikannya dengan betul. Salah teknik coklat ini boleh dikatakan rosak manakala coklat kompound adalah coklat yang kurang teknikalnye dari segi pengendalian. kedua-dua coklat ini adalah coklat yang berkualiti. Kini di pasaran terdapat byk jenis coklat. Pastikan ia HALAL kerana di pasaran terdapat produk yang menggunakan bahan-bahan coklat (teknikali bukn dri biji koko) yang boleh menggemukkan, merosakkan gigi kerana terlalu banyak menggunakan gula & lemak babi. Coklat jenis ini terdapat banyak di pasaran & harganyer murah.

Koko ini byk di tanam di Afrika, Asia (termasuk di negara kita di Sabah) dan Amerika Latin.

Masa saya kecik saya ada rasa biji koko nie. mkn isi buah dia fresh dri kebun. dh xgat bagaimana rasanya. teringat nk rasa pun ada.

Jenis Coklat yg ada dalam dunia ni

Coklat Gelap @ Dark Chocolate
Jenis ini adalah coklat asli @ pure coklat. Sebenarnya coklat asli ini adalah pahit sepahit-pahitnya. Bayangkanlah pahitnya smpai mengenyit2 mata. hehe...Ia juga dikenali juga sebagai Plain Chocolate. Jenis coklat ini dikatakan coklat yang mampu memberikan kesihatan yg baik. Nak tahu sila baca seterusnya.

Coklat susu @ Milk Chocolate
Coklat ini mengandungi isi koko dan ditambah susu pekat, lemak dan gula.

Coklat Putih @ White Chocolate
Ia sebenarnya bukanlah  coklat. Hanya mengandungi lemak koko yang diambil semasa proses biji koko dan mempunyai sedikit rasa coklat , kemudian ditambah susu & gula. Ia adalah sesuai untuk menghias sebarang pencuci mulut. Ia di buat khusus utk coklat berwarna-warni.

Kesihatan dengan hanya makan coklat? Makan coklat sahaja ker...???!!!

  1. Jika anda menjalani kehidupan yang aktif, coklat ini sesuai utk anda. Mengandungi gula & lemak, membekalkan anda tenaga yang mencukupi untuk seharian bekerja. Sebab inilah ramai atlit, pelajar atau sesiapa sahaja memakan coklat untuk mengembalikan tenaga dalam badan.
  2. Khasiat dalam biji koko ini juga, boleh menjadi satu antibodi semulajadi dalam badan. Kajian ada menunjukkan ia positif dalam menangani penyakit jantung, fungsi kognitif dan kualiti kulit manusia.
  3. Pasti ada xpercaya, biji koko ini mengandungi gula semulajadi. Setiap tambahan gula boleh menyebabkan gula dalam darah naik tetapi dengan biji koko ia akan menurun.
  4. Ia juga tidak akan merosakkan gigi anda.
  5. Koko dan coklat gelap tidak mengandungi kolestrol manakalan coklat susu & coklat putih mengandungi kolestrol yg minimum. ini kerana penggunaan susu di dalamnya.
  6. Dengan meminum atau makan coklat, ia mampu memberikan kanak-kanak dan remaja kalsium & protein yang diperlukan.
  7. Coklat susu dan coklat putih mengandungi Vitamin A, B12, D & E.  Vitamin A, B12 membantu pertumbesaran gigi dan tulang.
Oleh itu, anda perlulah memastikan makanan coklat yang anda ataupun anak-anak anda mkan adalah terdiri daripada coklat seperti di atas serta HALAL.

Jika anda ingin menempah coklat DM sila layari link ini atau email ke dellimous.malaysia@gmail.com atau sms 016-674 4366.

Semoga kita bersua lagi.

No comments:

Post a Comment