Wednesday, February 19, 2014

Caramela Chocolate

Assalamualaikum & selamat pagi,

Saya lupa nk maklumkan kepada semua.

Minggu lepas ada buat percubaan menghantar Caramela Chocolate (CC) ke Langkawi. 

Nak tgk keadaan CC apabila dh smpai. Alhamdullilah feedback dari pelanggan CC selamat smpai. CC dalam keadaan baik. Pelanggan xsertakan sekali gambar CC tersebut memandangkan anaknya makan CC smpai habis.


Ada 2 perasa berintikan Caramel

*Dark Chocolate
*Milk Chocolate


Caramela Chocolate dalam balang

Penghantaran akan di buat pada hari Isnin dan Selasa sahaja. 

Setiap lapisan CC akan dialas bubble wrapping dan balang akan di balut sepenuhnya dengan bubble wrapping juga. Kami menggunakan kotak Poslaju yang berwarna putih di alas dengan suratkhabar agar balang tidak bergerak dai dalam kotak. Setiap balang ada 66 biji CC.

Pakej untuk penghantaran menggunakan Poslaju adalah:

1 balang : RM34 (1 balang RM20, Kos Poslaju RM14)
2 balang : RM58 (2 balang RM40, kos Poslaju RM18)

Untuk tempahan boleh sms kami di talian 016-674 4366 atau di page. Selain itu komen daripada pelanggan kami berkenaan dengan rasa CC ada di dalam page kami.

Monday, February 17, 2014

Muffin Chocolate Chip Aluminium Cup

Assalamualaikum dan Salam Isnin kalian semua,

Bulan Januari lagi sudah ada perancangan nk buat muffin dalam aluminium cup. Duk fikir hari jadi anak buah, Ahmad Danial 5 tahun bulan Februari nanti. Pasang niat nk sedekah untuk beri kepada kawan-kawan2 dia. 

Awal Februari dah beli barang-barang yang diperlukan. Petang ari sabtu sudah mula buat & masak sehingga pukul 10 malam macam tue. Pada awalnya, berdebar takut naik xcantik, hangus ke dan sebagainya. Bila dh masak Alhamdullilah naik pun cantik & lembut mcm biasa.

Dah lama berniat nk guna square aluminium cup untuk pelbagaikan cup muffin. Alhamdullilah saya dh jumpa.

Untuk sedap kan lagi saya drizzle dengan homemade sos Caramela.


Apabila muffin sudah masak. Harum 1 rumah sehingga di luar menjangkau 3 pintu


Zoom gambar muffin bagi nampak sikit rupa muffin coklat chip keluaran DFI


 Ahad petang mama abang Ahmad datang nk bawa balik ke Putrajaya untuk diberi kepada kawan-kawan abang di taska Chomel Putrajaya hari isnin nanti

Jika ingin membuat tempahan boleh sms azrin di talian 016-674 4366

Friday, February 14, 2014

Tips Untuk Anda

Sempena hari Jumaat yang mulia, saya ingin berkongsi dengan anda tips berkenaan dengan adunan.

Anda pernah mengalami masalah chocolate chip yang anda tabur di atas adunan tenggelam  & terkumpul di dasar kek???

Perkara ini akan berlaku sama ada anda membuat kek atau kek cawan (cupcake).

Penyelesaiannya:

Tinggalkan sedikit bahan tepung anda, tambahkan chocolate chip di dalam tepung. Gaulkan sehingga chocolate chip di saluti tepung seperti di dalam gambar. Pasti ia telah disaluti masukkan baki bahan tepung di dalam adunan kek atau kek cawan anda.


Rupa chocolate chip dan tepung yang telah disaluti.


Hasilnya apabila siap masak chocolate chip tidak akan terbenam di dasar kek

Semoga berjaya kalian...

Tempahan Cenderahati Perkahwinan 2014

Assalamualaikum semua,

Sekejap sahaja kita sudah berada di pertengahan Februari tahun 2014. Permulaan tahun ini (setakat Februari 2014) agak memberangsangkan. Alhamdullilah rezki dari Mu Ya Allah. 

Tempahan cenderahati perkahwinan yang pertama kami. Tempahan telah dibuat awal Disember 2013 lagi. Alhamdullilah

Tempahan dari Cik Jue, Kepong untuk perkahwinan abangnya. Saya berdoa semoga mereka sekeluarga sentiasa erat dalam menjalinkan silaturrahim. Seorang adik perempuan diberi amanah menggalas tanggungjawab dalam menguruskan hal perkahwinan abangnya. Senyum saya mendengar tatkala di beritahu bahawa cenderahatri ini adalah untuk perkahwinan abangnya.

Pakej yang kami tawarkan kepada beliau untuk cenderahati perkahwinan adalah 1,000 bungkus muffin + 50 kotak Caramela Chocolate (gambar ada di bawah post) = RM1,000


BananaChip yang sudah dimasak.

*Saya menggunakan buah pisang  BUKAN articifal flavour aka perasa pisang ditambah pula dark compound mini chocolate chip memang menaikan rasa coklat*


Muffin ChocolateChip juga yang sudah di masak.

*timbul chocolate chip nya. Memang kaya dengan coklat*


sementara menunggu muffin sejuk, siapkan pembungkus. senang nk masukkan dalam plastik & seal terus


Muffin yang sudah disiap bungkus dan seal supaya tiada binatang kecil2 masuk


Bagi pakej cenderahati perkahwinan 2014, kami menawarkan pakej muffin + coklat seperti di dalam gambar di atas.


Anda berminat??? 

Boleh hubungi kami di talian 016-674 4366 untuk sebarang tempahan. Cepat-cepat book tarikh anda dengan segera.

Sunday, February 2, 2014

Tempahan CNY

Assalamualaikum semua, 

Bertemu kembali. Masih belum terlambat DFI ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina (CNY) kepada semua rakyat Malaysia yang berbangsa cina tanpa mengira agama. Selamat bercuti juga kepada semua rakyat Malaysia terutama sekali penduduk di 3 Wilayah Persekutuan iaitu Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya sempena hari Wilayah.

Sempena CNY ini, DFI mendapat tempahan 2 hari berturut-turut. Alhamdulillah bersyukur kehadrat Allah swt atas pemberianNya. Di antaranya :

3 kotak Caramela Chocolate Praline saiz untuk dulang hantaran pertunangan. Tempahan dari Pn. Noreen, Tanjung Malim dan Pn. Fadzilah dari Sentul.





Vanila cupcake + buttercream frosting dan Coklat Cupcake + chocolate ganache + EI Hello kitty untuk sambutan hari jadi. Tempahan dari Pn. Nur Rafina, Sentul untuk majlis hari jadi anak Nabila 3 tahun.




Akhir sekali, 5 balang Caramela Chocolate. Produk ini semakin menambat hati pelanggan baru DFI. Alhamdullilah dan in sha Allah.





Jika anda ingin membuat tempahan, sila hubungi kami di talian 016-674 4366 atau PM kami di pages.