Friday, February 14, 2014

Tips Untuk Anda

Sempena hari Jumaat yang mulia, saya ingin berkongsi dengan anda tips berkenaan dengan adunan.

Anda pernah mengalami masalah chocolate chip yang anda tabur di atas adunan tenggelam  & terkumpul di dasar kek???

Perkara ini akan berlaku sama ada anda membuat kek atau kek cawan (cupcake).

Penyelesaiannya:

Tinggalkan sedikit bahan tepung anda, tambahkan chocolate chip di dalam tepung. Gaulkan sehingga chocolate chip di saluti tepung seperti di dalam gambar. Pasti ia telah disaluti masukkan baki bahan tepung di dalam adunan kek atau kek cawan anda.


Rupa chocolate chip dan tepung yang telah disaluti.


Hasilnya apabila siap masak chocolate chip tidak akan terbenam di dasar kek

Semoga berjaya kalian...

No comments:

Post a Comment