Thursday, December 26, 2013

Kami setahun..!!!!

Assalamualaikum semua,

Sekejap je 365 hari sudah berlalu. 

Tanggal 27 hb Disember 2012, Dellimous Food Indutries telah ditubuhkan dan didaftarkan di Suruhanjaya Syariakat Malaysia. 

Banyak pengalaman dikumpulkan dari segi perancangan jadual tempahan, pengurusan stor bahan-bahan mentah dan basah, penyediaan bahan-bahan. Tahun yang agak mencabar bagi kami. Terima kasih atas segalanya kepada semua pelanggan yang pernah membuat tempahan dengan kami. Anda percaya dengan kami. Terima kasih banyak-banyak..

Maka dengan ini kami ingin mewar-warkan jika anda membuat tempahan esok 27hbDis Jumaat ini anda akan mendapat sesuatu dari kami. tambahan diskaun 10% akan diberi juga sehingga 31 Jan 2013. Wah byknyer saya nk bagi.

So, cepat-cepat yer buat tempahan dengan kami.

Sebarang tempahan boleh hubungi atau sms kami di talian 016-674 4366.

Friday, December 13, 2013

Bulan November 2013

November 2013 adalah bulan yang agak mencabar sepanjang perjalanan Dellimous Food Industries.

Kenapa saya kata bergitu..? Pengalaman berharga yang saya perolehi memandangkan bulan November 2013 Alhamdullilah saya mendapat tempahan muffin sebanyak 3,700 biji untuk 3 majlis perkahwinan dalam masa 3 minggu. Alhamdullilah saya bersyukur. rezki dan pengalaman untuk saya mengendali tempahan sebegitu rupa. Maaf disebabkan kesempatan waktu yang ada saya tidak sempat mengambil satu gambar pun.

Alhamdullilah pelanggan-pelanggan saya memberi respon yang menggalakkan dan berpuas hati. Memandangkan pengadun dan oven sedia ada yang telah lama berkolaborasi tidak boleh bertugas lagi. Pertaruhan kualiti produk menyebabkan saya membeli pengadun dan oven yang baru.  Mendapat "teamate" yang baru, perangai yang baru menyukarkan saya untuk memahami mereka. Hari demi hari "teamate" saya semakin serasi. In sha Allah serasi selamanya. ameen ameen ameen. Terusanlah berdoa dan sentiasa menyokong kami usahawan bumiputera dalam melayari industri makanan halal. Terima kasih semua.

Jangan segan-segan untuk menghubungi saya di talian 016-674 4366 untuk tempahan cupcake, coklat, tartlet dan muffin.
 

Tempahan - 30 November 2013

Tempahan dari adik ipar untuk sambutan hari jadi anak 2 tahun. Mohd Qhairul Hafiz bin Muhammad Shafiq. Panjang nama anak.

Belian menempah 50 biji coklat cupcake bersama whipped coklat aganche dan edible image anak berlogokan pasukan bola kegembaran abinya iaitu MU. Untuk itu saya buat Castard Fruity Tart. 

Majlis dh berlangsung beberapa jam baru teringat nak amik gambar. Ambaikan gambar kabur tu ye. Almaklumla guna tepon meNOKIA bukan menSAMSUNG..hehe




Tempahan - 27 September 2013

Hasil tempahan kali ini Alhamdullilah saya sgt bersyukur dan agak sedih sekali. Muffin coklat in square cup untuk majlis perkahwinan sahabat baik saya.

Saya agak terkejut dengan hasil bakar cup ini memandanag ini kali pertama saya mencuba square cup. Alhamdullilah.. sangat sempurna dari kaca mata saya.hehe...





Muffin ini diletakkan di meja Candy Buffet by Purple Candy Buffet (kepunyaan sahabat saya, Hanis Suraya).

Dan inilah kali terakhir saya mengunakan pengadun jenama Elba. sgt sedih saya suka pengadun ni. cepat kembang.syg...

 

Tempahan - 10 Oktober 2013

Tempahan dari Pn. Maryatie Mahamadiah untuk suaminya yang bekerja sebagai Pensyarah di Bahagian Latihan FRIM. Untuk buat kejutan katanya sempena ulangtahun perkahwinan.

Ketika masuk FRIM. Nyaman sungguh persekitaran. Begitu taksub saya memandang ke atas. Pokok-pokok yang menghijau terus rasa sayu di hati bergenang air mata. suasana yg senyap, kicauan burung, sinaran Vitaman D yang terpancar dan kesejukan. Teringat zaman saya masa belajar dulu buat jungle trackking di Kedah (sekali je pun,hehe)..



Terima kasih puan menempah cupcake dengan DFI

Seperti biasa ingin menempah cupcake untuk sebarang majlis, ingatlah DFI dengan menghubungi kami di talian 016-674 4366

Coklat untuk Hantaran

Sudah agak lama saya tidak menerima tempahan coklat. Tempahan dari kawan sekolah saya untuk hari pertunangan belian. 35 biji coklat bersama fondant dan cenderahati coklat oreo bersama edible image (EI) gambar beliau bersama tunang.


 35 biji coklat praline berintikan caramel bersama fondant. Tema warna turqouise


30 bungkus coklat praline berintikan caramel


kasi zoom sedikit coklat oreo sebelum dibungkus


30 bungkus coklat oreo sebagai cenderahati majlis

Ingin menempah boleh hubungi kami di talian 016-674 4366. 

Jangan lupa "LIKE" page kami DellimousFood Industries

 

Tuesday, December 10, 2013

Menu Baru - Castard Fruity Tart

Sudah berapa bulan saya memperkenalkan menu baru di FB. Alhamdulillah semakin diterima pelanggan dengan tempahan pada setiap bulan.



Alhamdulillah feedback yg sya dapat memberangsangkan. Saya tidak menggunakan tepung kastard. Saya jamin memang sedap sebb sya sndri memang suka tart buah.hehe.. Kebanyakan pelanggan membeli untuk dijadikan juadah dessert untuk majlis-majlis.

Untk tempahan boleh hubungi sya di talian 016-674 4366

Bicara Disember 2013

Assalamualaikum dan selamat pagi kalian,

Agak lama juga saya tidak membuat artikel dalam blog ini. Sebenarnya saya xtahu nk cerita apa kerana jadual agak padat terisi dengan RnD. Kepala duk fikir & baca resepi-resepi.

Banyak artikel, buku masakan dan kelas secara maya saya ikuti. in sha Allah sedang menerapi diri dgn ilmu-ilmu ini yg sudah diperolehi. 

Nanti saya akan update tempahan-tempahan sepanjang kesuraman blog ini.hehe

Monday, July 15, 2013

Coklat raya DFI 2013

Assalamualaikum semua,

Selamat menyambut bulan Ramadhan 1434 hijrah & selamat menjalani ibadah puasa pada tahun ini.

Sempena nk raya ni kami ada menjual coklat (assorted coklat). Ada dua perasa Double Plain Chocolate & Caramel Chocolate.

Sebalang ada lebih 62 biji. Harga RM18









Untuk tempahan sila sms di talian 016-674 4366

Wednesday, June 5, 2013

Tempahan

Assalamualaikum semua & salam sejahtera kalian,

Sihatkah anda? 

Saya xdapat nak kemaskini blog dengan tempahan pada setiap bulan memandangkan talian internet menghadapi masalah. Sebahagian gambar tempahan yang sempat saya ambil untuk tatapan pembaca blog semua.





Vanila dan coklat cupcake + vanilla buttercream

Tempahan dari Pn. Suriani, Jalan Duta




Red velvet cupcake + cream cheese frosting + jelly bean
Tempahan dari Pn. Azian, Kota Damansara



Banana ChocChip Cupcake + Coklat Ganache

Tempahan dari Pn. Norish, Selayang 



Vanila & Coklat cupcake + milk chocolate buttercream + fondant

Tempahan hantaran pertunangan dari Pn. Dilla, Titiwangsa

Jika ingin membuat tempahan untuk pertunangan atau cenderahati boleh sms kami di talian 016-674 4366.

Jangan lupa "LIKE" fb kami
 


Tuesday, May 21, 2013

OFFER ALERT CODE OFFER 01...!!!!

Assalamualaikum semua,

Dah lama xmenaip di blog. Apa khabar anda semua pembaca blog DM.




This is serious...!!! We offer you (alert code:OFFER01)

1,000 pcs RM800 with plastic packaging. with 1,000 box RM1,100

For ordering, sms us @ 016-674 4366. For limited time...

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Ini serius....!!! Kami tawarkan kepada anda (kod alert:OFFER01)

1,000 bungkus RM800 tanpa kotak. RM1,100 dengan 1,000 kotak bereben.

Untuk tempahan, sila sms kami di talian 016-674 4366. Untuk tempoh terhad




Wednesday, March 20, 2013

Lolichoc Watak Disney

Assalamualaikum semua,

Dah lama kami xkemas kini blog ini.

Kami ingin mewarwarkan salah satu produk kami iaitu :



Lolichoc watak Disney






 Harga RM0.80 sen sebatang...

Untuk tempahan sila sms kami di talian 016-674 4366

 

Wednesday, February 27, 2013

Tempahan Cupcake

Assalamualaikum semua,

Dah lama kami xkemas kini blog ini. Keadaan tidak mengizinkan saya mengemaskini blog. Keadaan kesihatan yang tidak stabil dan sebagainya.

Tempahan cupcake selama kami xkemas kini seperti di gambar.



Sambutan harijadi tema MU dari Puan Mariah, DBKL


Hantaran pernikahan tema pink biru & putih dari Pn. Hazreen, Sentul

  
Sambutan harijadi dari Puan Izza, Petaling Jaya bertemakan Cars cartoon

Berminat ingin menempah sila sms kami di talian 016-674 4366

Wednesday, January 9, 2013

Mini Muffin DM

Assalamualaikum semua,

Sempena penjualan produk baru kami, mini muffin. Kami ingin mewar-warkan harga mini muffin.

Sebiji mini muffin + plastik (seperti gambar di bawah) = RM0.60 sen

Berat = +/- 20 gram



Untuk tempahan sila sms kami di talian 016-674 4366

Tuesday, January 8, 2013

Promosi Mini Muffin

Assalamualaikum semua,

Promosi... promosi...promosi

Kini kami ada menyediakan mini muffin.....

Berat +/- 20 gram....

Harga pengenalan dan bungkusan seperti di bawah.

1 biji mini muffin + kotak = RM0.90 sen. Minimim tempahan adalah 100 kotak.


** Nota:
Corak & warna kotak akan berubah kerana mengikut kesediaan stok sedia ada.

Untuk tempahan sila sms kami di talian 016-674 4366

Thursday, January 3, 2013

Tempahan - Disember 2012

Ini adalah tempahan yang kami perolehi sepanjang bulan Disember 2012.






Berminat sila hubungi kami di talian 016-674 4366

Another R&D

Assalamualaikum semua,

Dah lama sya xupdate blog sbb ada masalah teknikal gn blog sya.

Semlm saya buat R&D guna tepung keluaran bumputera Bidara Flour. Tepung yang ringan, ayak pun snag jer. xda ketulan. Tepung ini jenis gred A. Tiada peluntur (ada produk di pasaran yang guna peluntur dalam tepung).

gambar di bawah ini la hasilnya. Saya lebihkan serbuk koko. hasilnya nmpak adunan lembik. gebu tue




Untuk tempahan sila hubungi kami di talian 016-674 4366