November 2013 adalah bulan yang agak mencabar sepanjang perjalanan Dellimous Food Industries.
Kenapa saya kata bergitu..? Pengalaman berharga yang saya perolehi memandangkan bulan November 2013 Alhamdullilah saya mendapat tempahan muffin sebanyak 3,700 biji untuk 3 majlis perkahwinan dalam masa 3 minggu. Alhamdullilah saya bersyukur. rezki dan pengalaman untuk saya mengendali tempahan sebegitu rupa. Maaf disebabkan kesempatan waktu yang ada saya tidak sempat mengambil satu gambar pun.
Alhamdullilah pelanggan-pelanggan saya memberi respon yang menggalakkan dan berpuas hati. Memandangkan pengadun dan oven sedia ada yang telah lama berkolaborasi tidak boleh bertugas lagi. Pertaruhan kualiti produk menyebabkan saya membeli pengadun dan oven yang baru. Mendapat "teamate" yang baru, perangai yang baru menyukarkan saya untuk memahami mereka. Hari demi hari "teamate" saya semakin serasi. In sha Allah serasi selamanya. ameen ameen ameen. Terusanlah berdoa dan sentiasa menyokong kami usahawan bumiputera dalam melayari industri makanan halal. Terima kasih semua.
Jangan segan-segan untuk menghubungi saya di talian 016-674 4366 untuk tempahan cupcake, coklat, tartlet dan muffin.
No comments:
Post a Comment