Monday, December 19, 2011

Tempahan - 16 Dis 2011

Assalamualaikum kepada kalian semua,

Tempahan kali ini daripada Kak Karla, Shah Alam untuk sambutan hari jadi anak & anak buahnyer.


coklat cuppies dengan choc moist icing + edible image Angry Birds
**smpat amik pic dlm kotak kabus jer, lupa**


coklat cuppies denegan choc moist icing + edible image Chelsea Football Club


red velvet cuppies dengan cream cheese icing

Berminat boleh sms 016-674 4366 atau email ke dellimous.malaysia@gmail.com

Friday, December 2, 2011

Tempahan - 30 Nov 2011

Entry 3....

Entry yang terakhir.

Kali ini tempahan Mas dri Petaling Jaya untuk hari jadi boss nyer, Peter. Tema warna merah. tpi dlm pic nie jdi warna pink plak. huhu....



Berminat menempah ...??? boleh sms 016-674 4366 atau komen di entry ini. InsyAllah sya akan membalasnyer sevepat yg mungkin. InsyAllah...

Nota : Kini jika anda membuat tempahan 1,000 kotak coklat @ cupcakes. Coklat corak Taj Mahal akan diberikan secara PERCUMA....sesuai dijalankan sedulang hantaran.. tak gitu semua???

Tempahan - 25 Nov 2011

Entry 2

Plak dah DM ni. Entry 2. hehe....

Tempahan dri Shy, mak andaman untuk di beri pada client dier. sebagai gift la. hehe.



Simple jer sya buat. hehe

Double layer white & dark choclate.

Berminat menempah ...??? boleh sms 016-674 4366 atau komen di entry ini. InsyAllah sya akan membalasnyer sevepat yg mungkin. InsyAllah...

Nota : Kini jika anda membuat tempahan 1,000 kotak coklat @ cupcakes. Coklat corak Taj Mahal akan diberikan secara PERCUMA....sesuai dijalankan sedulang hantaran.. tak gitu semua???

Sunday, November 6, 2011

Tempahan - 6 Nov 2011

Assalamulaikum & selamat mlm (mlm isnin, hehe),

Malam nie mlm raya Aidiladha. Penat seharian bagi semua umat islam di dunia ni p beraya, melapah daging lembu atau kambing atau unta untuk di buat korban.

Malam nie kami nk update blog berkenaan dengan tempahan hari raya haji. Ari yang penuh mencabar hati, amanah & perasaan.

Tempahan kali ini dari Kak Karla dari Shah Alam. Beliau tempah coklat cupcakes dengan buttercream dan edible image Angry Birds dan red velvet cupcakes. Cadang nk gerak awal ke Shah Alam, dapatla mkn-mkn @ lepak-lepak kt shopping mall. tapi anak buah kesyngan ku duk ngalit bermain jatuhkan red valvet yang sudah siap di deko. So, kami ganti vanilla cupcakes. kebetulan makcik ku terigin nk mkn.



Coklat cupcakes bersama buttercream & edible image Angry Birds


Vanila cupcakes dengan buttercream & fondant corak love


Berminat menempah sila sms 016-674 4366 atau komen di ruangan chat.

Selamat berehat kepada semua....!!!




Friday, November 4, 2011

Tempahan - 29 Okt 2011

Assalamualaikum & Selamat Malam,

Entri kali ni. Tempahan sambutan hari jadi dari sepupu sya untuk anak nombor 2, Irfan. 4 biji coklat dengan kotak lut sinar. Pemberian cupcakes perasa vanilla dengan edible image Angry Birds


Double layer white & dark choc + double layer orange flavor & dark choc


Double layer white & dark choc



Inilah rupanya apabila sudah siap di reben kan.Ada 2 jenis reben. besar & kecik.


Ini pemberian cupcakes sambutan hari jadi sya untuk Irfan. Kata ibu, kakak berebut dengan adik nk pegang box cupcakes ni. hehe

Berminat nk order cupcakes & coklat seperti di atas. sms atau email ke dellimous.malaysia@gmail.com atau pm di chat box di sebelah kanan anda.

Selamat Hari Raya Aidiladha untuk seluruh umat Islam di dunia & Selamat bercuti.....


Tuesday, October 25, 2011

Tempahan - 13 Okt 2011


Assalamualaikum,

Pagi Selasa yang indah ini.

Tempahan dri Shy untuk hari jadi kawan sekerja & ibunya. Ambil gambar dalam kereta. xsempat nk amik kt umah sbb kamera ada kt MM.



Shy ni seorg makeup secara freelance. so sape2 yg berminat boleh layari laman web Shy yer. menarik. suka tgk gambar hantaran, pelamin & henna. saper2 berminat untuk mendapatkan perkhidmatan Shy, boleh hubungi di talian 010-335 9790.

Friday, September 23, 2011

Tempahan cupcakes - 22 Sept 2011

Assalamualaikum,

kepada semua pembaca blog & pelayar tenet,

Pagi Jumaat yg sejuk dan nyaman. Alhamdullilah, Allh swt beri kami peluang bernafas lagi.

Tempahan kali ini adalah last minit dri Mr. Marketier untuk jamuan raya adiknya di sekolah sebanyak 2 kotak. Disebabkan buat dalam keadaan tergesa-gesa, di bawah adalah hasil cupcakes yg saya buat.


Cupcakes dalam kotak


Seperti biasa jika ingin menempah sama ada cupcakes @ coklat. sila scroll ke bawah. Ada disertakan harga & packaging. Pakej bajet & perkahwinan juga disediakan.

Sms 016-674 4366 atau komen di inbox @juga di forum chat di sebelah kanan entry ini.

Salam Jumaat kepada anda semua


Wednesday, September 21, 2011

Dellimous Cupcakes


Assalamualaikum kepada semua pembaca blog DM,

Entry kali ini berkenaan dengan photoshoot yang diambil 3 minggu lepas. Lokasinya adalah di rumah Marketier sya sbb dh terdesak sgt. huhu. photoshot ala-ala dlm buku. InsyAllah akan datang kami akan membuat photoshoot yang benar-benar sebenar-benarnya....



Terdapat dalam 2 saiz cupcakes iaitu saiz M dan S










Harga cupcakes :


25 biji + buttercream @ coklat ganache rm50
25 biji cupcake + Edible image rm60
25 biji cupcake + fully fondant rm70

Perasa Red Velvet

25 biji + buttercream @ coklat ganache rm55
25 biji cupcake + Edible image rm65
25 biji cupcake + fully fondant rm75

Kos penghantaran bagi sekitar Setapak, Gombak, Selayang, Sentul & Jalan Ipoh (berdekatan dengan sentul) adalah percuma. Selain itu, penghantaran juga di buat di LRT Sentul & Sentul Timur. Jika luar dari kawasan ini digalakkan ambil sendiri @ maklumkan kepada kami penghantaran. kos penghantaran akan dikenakan & dimaklumkan kemudian. Diingatkan pembayaran penuh @ 70% haruslah di buat untuk mengesahkan tempahan anda.



Tuesday, September 20, 2011

Tempahan - 16 Sept 2011

Assalamualaikum semua,

Pagi Selasa yang indah setelah beberapa hari mendung & hujan.

Entry tempahan kali adalah bersempena hari jadi anak buah our Mr Marketier, 16 Sept 2011 (Jumaat), Hari Malaysia. Gambar-gambar dekorasi cupcakes adalah seperti di bawah:




Setiap cupcakes ada benderas Malaysia, terlupa nk amik gmbr yg itu.

Sya suka & seyum lebar klu anak-ank buah Mr Marketier suka terutama sekali birthday boy. Dia adalah tester produk kami. hehe.

Selamat hari jadi Qayyum...

Untuk tempahan atau pertanyaan, sila email ke dellimous.malaysia@gmail.com atau komen di inbox bawah @ sms ke 016-674 4366

Selamat hari Selasa kepada anda semua



Thursday, September 8, 2011

Tempahan 7 Sept 2011

Assalamualaikum semua,

Hari ini sudah 10 syawal. sekejap je. Adakah anda sudah berpuasa 6? klu sudah pahala untuk anda akan dibawak ke akhirat, InsyAllah.

Entry kali ini adalah gambar-gambar tempahan dri Kak Zurina, Seksyen 7 Petaling Jaya untuk anak buahnya yg akan melangsungkan perkahwinan pada hujung minggu ini.

Kali ini, ape yg sya pelajari drpd pemerhatian sya mengenai kemahiran deko samada secara langsung @ x  telah sya praktikkan & implimentasikan dalam tempahan ini. Hasilnya sgt menakjumkan (pd pandangn sya) memandangkan sya tidak mengikuti kelas deko dan bukanlah seorg ametur apetah lagi profesional sebagai decorator. Practics makes perfect, InsyAllah..


25 biji cupcakes perasa vanila & coklat + icing


2 kotak coklat berinti hazelnut + reben

Semoga keluarga Kak Zarina menyukainya. setiap kali ada tempahan kami semua terutama sya sendiri akan berdebar-debar menunggu komen mengenai produk kami dari pelangan-pelanggan.

Untuk sebarang tempahan @ pertanyaan, sila e-mail ke dellimous.malaysia@gmail.com atau komen di bawah atau sms 016-674 4366
Oleh itu, semoga kita bersua kembali di "entry-entry" akan datang.

Wednesday, September 7, 2011

Pengkongsian ilmu - Coklat

Assalamualaikum & Salam Sejahtera kepada semua pembaca blog DM, 

Entry kali nie nk bercerita @ lebih sesuai di panggil pengkongsian ilmu berkaitan dengan coklat. Byk blog, laman web & artikel yg sya baca baik dlm negara mahupun luar negara kita. Lain negara lain persekitarannya. Sya akan mulakan dengan :

Ape itu coklat?
Coklat adalah hasil daripada proses pengeringan biji koko yg kemudiannya di masak mengikut suhu tertentu dan akhir sekali di kisar sehingga lumat , sehingga ianya menjadi lembap. Pada tahap ini, koko tdi tue boleh dijadikan cecair koko @pun serbuk atau lebih dikenali sebagai coklat gelap @ dark chocolate. coklat gelap ini adalah coklat asli yg belum dicampur dengan sebarang bahan-bahan penambah rasa. Suhu yang berbeza ketika penanaman dan memasak akan memberikan rasa yang berbeza apabila ia dikisar.

Terdapat 2 jenis coklat yang berada di pasaran iaitu coklat kompound & coklat converture. Coklat converture adalah coklat yang selalu digunakan oleh chef-chef terkenal di dunia. Ia memerlukan kepakaran yang tinggi dengan teknik mengendalikannya dengan betul. Salah teknik coklat ini boleh dikatakan rosak manakala coklat kompound adalah coklat yang kurang teknikalnye dari segi pengendalian. kedua-dua coklat ini adalah coklat yang berkualiti. Kini di pasaran terdapat byk jenis coklat. Pastikan ia HALAL kerana di pasaran terdapat produk yang menggunakan bahan-bahan coklat (teknikali bukn dri biji koko) yang boleh menggemukkan, merosakkan gigi kerana terlalu banyak menggunakan gula & lemak babi. Coklat jenis ini terdapat banyak di pasaran & harganyer murah.

Koko ini byk di tanam di Afrika, Asia (termasuk di negara kita di Sabah) dan Amerika Latin.

Masa saya kecik saya ada rasa biji koko nie. mkn isi buah dia fresh dri kebun. dh xgat bagaimana rasanya. teringat nk rasa pun ada.

Jenis Coklat yg ada dalam dunia ni

Coklat Gelap @ Dark Chocolate
Jenis ini adalah coklat asli @ pure coklat. Sebenarnya coklat asli ini adalah pahit sepahit-pahitnya. Bayangkanlah pahitnya smpai mengenyit2 mata. hehe...Ia juga dikenali juga sebagai Plain Chocolate. Jenis coklat ini dikatakan coklat yang mampu memberikan kesihatan yg baik. Nak tahu sila baca seterusnya.

Coklat susu @ Milk Chocolate
Coklat ini mengandungi isi koko dan ditambah susu pekat, lemak dan gula.

Coklat Putih @ White Chocolate
Ia sebenarnya bukanlah  coklat. Hanya mengandungi lemak koko yang diambil semasa proses biji koko dan mempunyai sedikit rasa coklat , kemudian ditambah susu & gula. Ia adalah sesuai untuk menghias sebarang pencuci mulut. Ia di buat khusus utk coklat berwarna-warni.

Kesihatan dengan hanya makan coklat? Makan coklat sahaja ker...???!!!

  1. Jika anda menjalani kehidupan yang aktif, coklat ini sesuai utk anda. Mengandungi gula & lemak, membekalkan anda tenaga yang mencukupi untuk seharian bekerja. Sebab inilah ramai atlit, pelajar atau sesiapa sahaja memakan coklat untuk mengembalikan tenaga dalam badan.
  2. Khasiat dalam biji koko ini juga, boleh menjadi satu antibodi semulajadi dalam badan. Kajian ada menunjukkan ia positif dalam menangani penyakit jantung, fungsi kognitif dan kualiti kulit manusia.
  3. Pasti ada xpercaya, biji koko ini mengandungi gula semulajadi. Setiap tambahan gula boleh menyebabkan gula dalam darah naik tetapi dengan biji koko ia akan menurun.
  4. Ia juga tidak akan merosakkan gigi anda.
  5. Koko dan coklat gelap tidak mengandungi kolestrol manakalan coklat susu & coklat putih mengandungi kolestrol yg minimum. ini kerana penggunaan susu di dalamnya.
  6. Dengan meminum atau makan coklat, ia mampu memberikan kanak-kanak dan remaja kalsium & protein yang diperlukan.
  7. Coklat susu dan coklat putih mengandungi Vitamin A, B12, D & E.  Vitamin A, B12 membantu pertumbesaran gigi dan tulang.
Oleh itu, anda perlulah memastikan makanan coklat yang anda ataupun anak-anak anda mkan adalah terdiri daripada coklat seperti di atas serta HALAL.

Jika anda ingin menempah coklat DM sila layari link ini atau email ke dellimous.malaysia@gmail.com atau sms 016-674 4366.

Semoga kita bersua lagi.

Tuesday, September 6, 2011

Dellimous Chocolate

Assalamualaikum kepada semua pembaca blog DM,

Masih berkenaan dengan photoshoot yang diambil 3 minggu lepas.Produk kali ini adalah coklat homemade kami.








Harga coklat :

Secara Loose

100 biji = RM60.00
50 biji = RM30.00

Coklat + kotak + riben

2 biji (kotak kertas) = RM1.80/kotak
3 biji (kotak kertas) = RM2.60/kotak
4 biji (kotak kertas) = RM3.60/kotak
2 biji (kotak transparent) = RM1.60/kotak
2 biji (sushi box) = RM1.20/kotak
3 biji (sushi box) = RM1.80/kotak
4 biji (kotak oreo) = RM3.00/kotak
1 biji  (plastik bercorak berwarna + 1 cavity insert gold box) = RM0.80/pcs
2 biji (plastik bercorak berwarna + 2 cavity insert gold box) = RM1.00/pcs
12 biji (kotak kertas) = RM18.00/box
24 biji (kotak kertas) = RM35/box
35 biji (kotak kertas) = RM55/box
Lolichoc (sekali dgn bungkusan plastik bercorak & berwarna) = RM1.20/sebatang

Harga di atas tidak termasuk kos penghantaran. sila maklumkan kepada kami jika anda inginkan kami hantar. kos penghantaran akan di maklumkan. Pembayaran penuh haruslah di buat untuk mengesahkan tempahan anda.

Sila sms 016-674 4366 @ email dellimous.malaysia@gmail.com jika anda anda sebarang pertanyaan dan tempahan kepada kami.

Monday, September 5, 2011

Tempahan Lolichoc

Tempahan lolichoc utk doorgift Makngah ku yang lepas. kenduri bacaan Yaasin. Lolichoc corak Mickey Mouse & da group berwarna hijau, putih & coklat. Gambar lolichoc seperti di bawah:


Hijau + Putih


Yang nie mugkin klakar la
Hijau + coklat susu


fully coklat...

Harga bermula dari RM1.00 bergantung kepada kuantiti tempahan anda


Thursday, July 7, 2011

Cricut Printer

Assalamualaikum kepada semua pembaca blog DM,

Entry kali ini, barang @ gadget yg sya memang gila SAKAN nie, nmenyer Cricut. Ape itu Cricut? Layari lawan web nyer http://www.cricut.com/ untuk maklumat lanjut. Sangat berguna. Di antara mesin-mesin yg sya memang hendaki, tpi malangnyer ia dijual berasingan seperti blade nyer yg byk corak-corak, cutting matt nyer dan produk ini, tika ini, hanya boleh di dapati di US dan beberapa buah kedai di UK. nak tahu??? Sila la rujuk laman web nyer yg tertera di atas.





 Crickut Cake


 Cricut Imagine

Hasil-hasil craft @ cetakan oleh printer di atas adalah seperti :








cantik bukan...????? nmpak seperti fondant yang dipotong dengan sempurna....

Rasa-rasa ada nampak x gadget nie kt area KL... Klu nmpak bgtau sya yer.. kami nk beli....

Semoga kita dapat ber blog lagi.

Bye2...

Tuesday, June 28, 2011

Chocolate cup...

Assalamualaikum,

Disebabkan sya dh kemaruk dengan pembuatan coklat cawan (chocolate cup). Saya search gambar-gambar coklat cawan.


Hasil ciptaan & rekaan kami, terhasil lah coklat cawan DM berintikan coklat hazel seperti di bawah:





Ok x coklat cawan yang kami buat nie? Banyak yg perlu diperbaiki & diperkemaskan lagi.

Nk tempah boleh jer. drop sms 016.674 4366 atau email dellimous.malaysia@gmail.com

Terima kasih

Tuesday, May 17, 2011

Hantaran utk sepupu ku Bal

Assalamualaikum,

2 lagi produk coklat terbaru DM iaitu cupcoklat. Khas sya buat utk Majlis Pertunangan Sepupu sya.
Gmbar adalah seperti di bawah:






Harga RM0.60 sebiji

Sebarang tempahan @ pertanyaan sila email & sms.

Selamat menjamu selera...